Friday, October 3, 2014

muhammad rasullullah

MUHAMMAD RASULULLAH

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Allah memberitahu Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan Dialah yang batin.....

Hadis qudsi..... Insan rahsia Aku, Aku rahsia Insan, rahsia itu sifat Aku, sifat Aku bukan lain daripada Aku.....

Sifat Allah bukan lain daripada Allah... Dimanakah hubungan diantara Allah dengan Muhammad....

Sabda Nabi Muhammad saw "Ana abu ar-ruh, wa Adam Abu basyar - Aku bapa segala ruh dan Adam bapa segala jasad"

"Ana Ahmad bilal mim - Aku Ahmad tanpa mim - احمد = احد

"Ana 'arab bilal 'ain, Aku 'arab tanpa 'ain عرب = رب

Allah itu zat Muhammad
Muhammad itu sifat Allah

Kembali kepada Insan rahsia Aku (Allah), Aku (Allah) rahsia insan, rahsia itu sifat Aku (Muhammad), sifat Aku (Muhammad), bukan lain daripada Aku...

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Sifat Allah adalah rahsia Allah yang telah ditajalli atau dinyatakan dengan (atau telah diberi) nama dengan nama Muhammad.

Muhammad adalah segala sifat-sifat terpuji Allah. Sifat terpuji Allah yang paling utama ialah (Sidiq, Amanah, Tabliq dan fatonah)...

Muhammad Bin Abdullah (Zahir Muhammad - sifat Allah yang dizahirkan).... Adalah sebagai pembawa rahsia dan pemberi peringatan yang terakhir tentang rahsia Allah ini, Tidak ada lagi rahsia yang disembunyikan oleh Allah didalam menyatakan rahsiaNya kepada keseluruhan Alam.....

Muhammad bin Abdullah telah diberi amanah untuk menyampaikan rahsia ini (Allah berfirman pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu)...

Sepertimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw "Aku adalah bapa segala roh @ Aku (Mihammad) adalah asal kejadian segala Roh"
- Inilah Muhammad Rasulullah yang diperintahkan supaya dikenal sebagai pesuruh Allah sepanjang zaman, kerana nabi Muhammad bin Abdullah telah wafat, (telah kembali kerahmatullah....) 

Untuk sampai kepada mencapai kepada Muhammadar Rasulullah ini, setiap umat Muhammad hendaklah sentiasa mentauhid atau mengesakan Allah (puji hamba kepada tuhan iaitu setiap badan diri manusia sentiasalah hendaknya mengesakan Allah didalam setiap detik dan saat didalam keluar masuknya nafas)...

Setelah proses mengesa atau mentauhidkan Allah telah mendapat pengesahan diterima oleh Allah barulah badan diri (jasad dan roh) yang telah sentiasa mengesakan Allah ini akan diangkat kepada Muhammadar Rasulullah 

Muhammaddar Rasulullah adalah puji tuhan kepada hamba... iaitu Allah akan menganugerahkan sifat-sifat terpujinya terutama (siddiq, amanah, tabliq dan fatonah) kepada hamba-hambanya yang sentiasa mentauhid atau mengesakan Allah diswriap detik dan saat....

Inilah sebenar Muhammad yang sentiasa mengenal Allah....

Sebelum berada didalam keadaan sentiasa mengesakan Allah tidak lagi akan diberi pengakuan oleh Allah - Allah tidak akan memperakui (puji tuhan kepada hamba).. Sebagai Muhammaddar Rasulullah....

Diri kita yang telah disangka ada disamping Allah tidak mampu untuk mengenal Muhammad.. Maksudnya selagi seseorang yang berada didalam keadaan syirik tidak lagi sampai kepada Muhammad yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw Ana abu ar-ruh itu....

Muhammaddar Rasulullah adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang sentiasa mengesakan Allah pada zat, sifat, asma' dan perbuatanNya...

Selagi belum mengesakan atau mentauhidkan Allah janganlah berangan-angan nak beranggapan diri batin itu sebagai Muhammad Mustafa Rasulullah....

Walaupun pada ilmu sudahpun memahaminya, tetapi pada hakikat sebenar belum lagi diperakui oleh Allah kerana masih mensyirikkan Allah.

Muhammad Rasulullah adalah pembawa ugama tauhid...

SAMA-SAMALAH KITA KEMBALI KEPADA AUWALUDDIN MAKRIFATULLAH (MEMPRAKTIKKAN LAA ILAHA ILLALLAH) SUPAYA DIANUGERAHKAN DENGAN MUHAMMADAR RASULULLAH)

Kerana Muhammaddar Rasulullah adalah satu anugerah bukan boleh ditiru-tiru...

Bahawa ilmu pengetahuan dengan keadaan sebenarnya amatlah jauh bezanya... 

Pada ilmu sudah mengetahui tetapi pada keadaan sebenar belum lagi mencapai ketahap berkaitan kerana untuk sampai kemaksud yang dimaksudkan itu bukanlah melalui ilmu tetapi mesti melalui berperang dengan nafsu sendiri...

BAGAIMANAKAH HENDAK BERPERANG DENGAN HAWA NAFSU SENDIRI???

Wednesday, October 1, 2014

NABI MUSA MOHON MELIHAT ALLAH

IKTIBAR DAN PENGAJARAN DARI PERISTIWA NABI MUSA MEMOHON UNTUK MELIHAT ALLAH...
ADALAH SALAH SATU JALAN DAN CARA DARI PELBAGAI CARA UNTUK MENCAPAI KEPADA IKTIQAD TAUHID..
Firman Allah :-
19.Surah Maryam (Verse 51)
وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ مُوسَىٰۚ إِنَّهُ كَانَ مُخْلَصًا وَكَانَ رَسُولًا نَّبِيًّا
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya ia adalah orang pilihan, dan adalah ia seorang Rasul, lagi Nabi.
19.Surah Maryam (Verse 52)
وَنَادَيْنَاهُ مِن جَانِبِ الطُّورِ الْأَيْمَنِ وَقَرَّبْنَاهُ نَجِيًّا
Dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina, dan Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata dengan Kami.
2.Surah Al-Baqarah (Verse 63)
وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَكُمْ وَرَفَعْنَا فَوْقَكُمُ الطُّورَ خُذُوا مَا آتَيْنَاكُم بِقُوَّةٍ وَاذْكُرُوا مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa.
2.Surah Al-Baqarah (Verse 93)
وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَكُمْ وَرَفَعْنَا فَوْقَكُمُ الطُّورَ خُذُوا مَا آتَيْنَاكُم بِقُوَّةٍ وَاسْمَعُواۖ قَالُوا سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَأُشْرِبُوا فِي قُلُوبِهِمُ الْعِجْلَ بِكُفْرِهِمْۚ قُلْ بِئْسَمَا يَأْمُرُكُم بِهِ إِيمَانُكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa
Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu
"Ambilah yang Kami berikan kepada
kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah. Mereka menjawab: "Kami dengar, dan kami menderhaka". Sedang kegemaran menyembah patong anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):" Amatlah jahatnya apa
yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman".
28.Surah Al-Qaşaş (Verse 29)
فَلَمَّا قَضَىٰ مُوسَى الْأَجَلَ وَسَارَ بِأَهْلِهِ آنَسَ مِن جَانِبِ الطُّورِ نَارًا قَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا إِنِّي آنَسْتُ نَارًا لَّعَلِّي آتِيكُم مِّنْهَا بِخَبَرٍ أَوْ جَذْوَةٍ مِّنَ النَّارِ لَعَلَّكُمْ تَصْطَلُونَ
Setelah Musa menyempurnakan tempoh kerjanya itu dan berjalan dengan isterinya, ia melihat api dari sebelah Gunung Tursina. (Ketika itu) berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah; sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu sesuatu berita dari situ, atau sepuntung dari api itu, supaya kamu dapat memanaskan diri".
28.Surah Al-Qaşaş (Verse 30)
فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ مِن شَاطِئِ الْوَادِ الْأَيْمَنِ فِي الْبُقْعَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ الشَّجَرَةِ أَن يَا مُوسَىٰ إِنِّي أَنَا اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
Maka ketika ia sampai ke tempat api itu, ia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu: "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam.
4.Surah An-Nisā' (Verse 154)
وَرَفَعْنَا فَوْقَهُمُ الطُّورَ بِمِيثَاقِهِمْ وَقُلْنَا لَهُمُ ادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا وَقُلْنَا لَهُمْ لَا تَعْدُوا فِي السَّبْتِ وَأَخَذْنَا مِنْهُم مِّيثَاقًا غَلِيظًا
Dan Kami telah mengangkat "Gunung Tursina" ke atas mereka disebabkan
perjanjian setia mereka, dan Kami perintahkan mereka: "Masuklah kamu melalui pintu itu dengan merendah diri" dan Kami juga perintahkan mereka:
"Janganlah kamu melanggar perintah larangan yang ditentukan pada hari
Sabtu", dan Kami telah mengambil daripada mereka perjanjian setia yang teguh.
28.Surah Al-Qaşaş (Verse 45)
وَلَٰكِنَّا أَنشَأْنَا قُرُونًا فَتَطَاوَلَ عَلَيْهِمُ الْعُمُرُۚ وَمَا كُنتَ ثَاوِيًا فِي أَهْلِ مَدْيَنَ تَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا وَلَٰكِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ
Akan tetapi (engkau hanya mengetahui kisah itu dengan jalan Kami memberi wahyu kenabian kepadamu disebabkan) Kami telah mengadakan beberapa umat
(dari zaman Nabi Musa hingga ke zamanmu) sampai berlanjutanlah masa yang mereka lalui (serta kucar-kacirlah ugama yang mereka anuti). Dan engkau pula tidak pernah tinggal bersama-sama penduduk negeri Madyan membaca dan mempelajari dari mereka ayat-ayat keterangan Kami (tentang hal Nabi Musa di sana), tetapi Kamilah yang mengutusmu (menjadi Rasul dan memberi
wahyu kepadamu mengenai hal itu).
28.Surah Al-Qaşaş (Verse 46)
وَمَا كُنتَ بِجَانِبِ الطُّورِ إِذْ نَادَيْنَا وَلَٰكِن رَّحْمَةً مِّن رَّبِّكَ لِتُنذِرَ قَوْمًا مَّا أَتَاهُم مِّن نَّذِيرٍ مِّن قَبْلِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
Dan engkau juga tidak berada dekat Gunung Tursina ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi (diturunkan) rahmat (Al-Quran) dari Tuhanmu (menerangkan Kisah itu) supaya engkau memberi amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul
pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran.
7.Surah Al-'A`rāf (Verse 171)
وَإِذْ نَتَقْنَا الْجَبَلَ فَوْقَهُمْ كَأَنَّهُ ظُلَّةٌ وَظَنُّوا أَنَّهُ وَاقِعٌ بِهِمْ خُذُوا مَا آتَيْنَاكُم بِقُوَّةٍ وَاذْكُرُوا مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Dan ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung ke
atas mereka seolah-olah gunung itu awan dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka:- "Terimalah dengan bersungguh-sungguh yang telah Kami berikan kepada kamu dan ingatlah apa yang terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa"
"Sesungguhnya seandainya Musa hendak melihat Aku, hendaklah terlebih dahulu kau lihat akan bukit Thursina,
Diambil dari makna - ( Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu )
seandainya ia (bukit) itu masih kekal ditapaknya nescaya engkau akan dapat lihat Aku"
Diambil dari makna - ( semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu )
7.Surah Al-'A`rāf (Verse 143)
وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنظُرْ إِلَيْكَۚ قَالَ لَن تَرَانِي وَلَٰكِنِ انظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِيۚ فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًاۚ فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalli" kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.
Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman.
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
CARA PERLAKSANAANNYA
TUMPUKAN KEDUA-DUA MATA KEPADA PUNCAK HIDUNG KITA (YANG DIKIASKAN DENGAN GUNUNG TURSINA DIDALAM AL-QURAN), DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN.
TETAPKAN PANDANGAN MATA KEPADA PUNCAK HIDUNG ITU,
DENGAN TERTUMPUNYA KEDUA-DUA MATA KEPUNCAK HIDUNG, KITA AKAN DAPAT MELIHAT KESELURUHAN BADAN KITA...
AKAN LAHIR RASA KEBERADAAN DIRI KITA, TUMPUKAN PANDANGAN MATA SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADA PUNCAK HIDUNG..
SEBUTLAH ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA...
RASALAH SENDIRI APA YANG AKAN DIRASAI......
DIDALAM MASA YANG SAMA SEBUTLAH ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA