TIDAK TERTULIS KALIMAH TUHAN
18.Surah Al-Kahf (Verse 109)
قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
18.Surah Al-Kahf (Verse 110)
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan lain-lain cara,
Allah boleh diketahui, dikenali atau ditemui setelah badan diri sendiri dan keseluruhan Alam yang dianggap itu dibinasakan..
Setelah badan diri sendiri dan sekalian alam atau selain daripada Allah fana', maka kekallah Allah semata-mata.
Apa yang perlu kepada kita bukan membicarakan tentang Allah itu begitu, begini dan sebagainya..
Apa yang perlu dibicarakan oleh kita semua ialah bagaimana Allah itu boleh ditemui, bagaimana Allah itu boleh dikenali, bagaimana hendak membinasakan diri dan selain dari Allah.. Seperti sabda Nabi, "mautu khoblaanta mautu - matikan diri kamu sebelum lagi kamu mati"
Setelah diri dan selain dari Allah telah mati, setelah binasa, setelah tiada badan diri sendiri dan selain dari Allah, maka bertemulah apa yang dipanggil Allah itu..
Jika Allah itu diperdebatkan, beginilah jadinya, sampai kiamatpun Allah yang sebenar tidak akan ditemui...
Selagi sebelum menemui Allah, apa yang diperkatakan, apa yang dingat, apa yang dibayangkan itu semua adalah merupakan khayalan diri yang diadakan sendiri oleh sangkaan kita sendiri...
Untuk itu saya ingin menasihati diri saya sendiri dan semua sahabat disini supaya berhentilah membicarakan tentang Allah ini dan kembalilah membicarakan tentang bagaimana hendak menemui Allah itu...
Kepada semua yang mengaku telah menemui Allah, jika tidak keberatan sila diperturunkan disini cara-cara kita menemui Allah itu dan dapat diperbincangkan disini supaya kita semua dapat membincangkan dimana kurang dan dimana lebihnya...
Itulah sepatutnya apa yang dimuzakarahkan oleh mana-mana group ilmu makrifatullah...
Setiap penjabaran ilmu itu disertakan dengan cara perlaksanaan untuk mendapat seperti apa yang diperkatakan itu..
Itulah yang sepatutnya kita semua lakukan...
Setiap yang telah mengenali melalui cara praktik untuk mendapatkannya semestinya boleh menceritakannya......
Walaupun melalui jalan-jalan yang berbeza akan dapat persamaan disatu persimpangan sehingga keakhir penemuan...
Maksud saya jika masing-masing dari kita bermula dari cara masing-masing, sampai disatu persimpangan kita semua akan menemui persamaan yang akan membawa kepada satu jalan yang lurus itu, sampai dipersimpangan itu, semua orang wajib melalui jalan itu, iaitu jalan yang lurus,
Mana-mana orang yang tidak melalui jalan itu didalam penceritaan mereka, maka mereka belum lagi menemui satu jalan yang lurus itu....
Percayalah dari mana-mana satu jalan yang kita mulai kita semua akan menemui satu persimpangan akhir yang sama...
Itulah pentingnya kita semua membicarakan praktik yang dilakukan supaya kita semua dapat menemui persimpangan itu, dipersimpangan akhir, yang menuju kepada jalan yang lurus itu, yang dipersimpangan akhir itu hanya terdapat hanya satu jalan itu sahaja yang kita semua wajib tempuhi, jika kita semua tidak menemui persimpangan akhir yang hanya itulah persimpangan yang terakhir yang mempunyai hanya satu-satu jalan yang lurus untuk sampai kepada Allah...
Marilah kita semua sedar, tanpa kita berjalan. Tidak seorang pun dari kita akan sampai disana..
Kita semua hendak menuju ketempat yang sama...
Marilah kita sama-sama untuk menyedarkan diri kita masing-masing supaya kita semua dapat bersatu dalam satu rumpun... Untuk menegakkan kalimah tauhid didalam badan diri kita masing-masing....
Tidak rugi kita menjabarkan cara masing-masing...
Kepada sesiapa yang telah pun menemui Allah seperti yang telah diperkatakan itu, jabarkanlah disini jalannya...
Tak payahlah kita nak meluaskan lagi pemahaman kita tentang Allah, semakin diperbincangkan semakin jauh kita darinya..
Jika kita berjalan menuju kepadanya tanpa membicara tentang nya, kita akan sampai menemuinya...
No comments:
Post a Comment