MUHAMMAD RASULULLAH
57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Allah memberitahu Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan Dialah yang batin.....
Hadis qudsi..... Insan rahsia Aku, Aku rahsia Insan, rahsia itu sifat Aku, sifat Aku bukan lain daripada Aku.....
Sifat Allah bukan lain daripada Allah... Dimanakah hubungan diantara Allah dengan Muhammad....
Sabda Nabi Muhammad saw "Ana abu ar-ruh, wa Adam Abu basyar - Aku bapa segala ruh dan Adam bapa segala jasad"
"Ana Ahmad bilal mim - Aku Ahmad tanpa mim - احمد = احد
"Ana 'arab bilal 'ain, Aku 'arab tanpa 'ain عرب = رب
Allah itu zat Muhammad
Muhammad itu sifat Allah
Kembali kepada Insan rahsia Aku (Allah), Aku (Allah) rahsia insan, rahsia itu sifat Aku (Muhammad), sifat Aku (Muhammad), bukan lain daripada Aku...
57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Sifat Allah adalah rahsia Allah yang telah ditajalli atau dinyatakan dengan (atau telah diberi) nama dengan nama Muhammad.
Muhammad adalah segala sifat-sifat terpuji Allah. Sifat terpuji Allah yang paling utama ialah (Sidiq, Amanah, Tabliq dan fatonah)...
Muhammad Bin Abdullah (Zahir Muhammad - sifat Allah yang dizahirkan).... Adalah sebagai pembawa rahsia dan pemberi peringatan yang terakhir tentang rahsia Allah ini, Tidak ada lagi rahsia yang disembunyikan oleh Allah didalam menyatakan rahsiaNya kepada keseluruhan Alam.....
Muhammad bin Abdullah telah diberi amanah untuk menyampaikan rahsia ini (Allah berfirman pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu)...
Sepertimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw "Aku adalah bapa segala roh @ Aku (Mihammad) adalah asal kejadian segala Roh"
- Inilah Muhammad Rasulullah yang diperintahkan supaya dikenal sebagai pesuruh Allah sepanjang zaman, kerana nabi Muhammad bin Abdullah telah wafat, (telah kembali kerahmatullah....)
Untuk sampai kepada mencapai kepada Muhammadar Rasulullah ini, setiap umat Muhammad hendaklah sentiasa mentauhid atau mengesakan Allah (puji hamba kepada tuhan iaitu setiap badan diri manusia sentiasalah hendaknya mengesakan Allah didalam setiap detik dan saat didalam keluar masuknya nafas)...
Setelah proses mengesa atau mentauhidkan Allah telah mendapat pengesahan diterima oleh Allah barulah badan diri (jasad dan roh) yang telah sentiasa mengesakan Allah ini akan diangkat kepada Muhammadar Rasulullah
Muhammaddar Rasulullah adalah puji tuhan kepada hamba... iaitu Allah akan menganugerahkan sifat-sifat terpujinya terutama (siddiq, amanah, tabliq dan fatonah) kepada hamba-hambanya yang sentiasa mentauhid atau mengesakan Allah diswriap detik dan saat....
Inilah sebenar Muhammad yang sentiasa mengenal Allah....
Sebelum berada didalam keadaan sentiasa mengesakan Allah tidak lagi akan diberi pengakuan oleh Allah - Allah tidak akan memperakui (puji tuhan kepada hamba).. Sebagai Muhammaddar Rasulullah....
Diri kita yang telah disangka ada disamping Allah tidak mampu untuk mengenal Muhammad.. Maksudnya selagi seseorang yang berada didalam keadaan syirik tidak lagi sampai kepada Muhammad yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw Ana abu ar-ruh itu....
Muhammaddar Rasulullah adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang sentiasa mengesakan Allah pada zat, sifat, asma' dan perbuatanNya...
Selagi belum mengesakan atau mentauhidkan Allah janganlah berangan-angan nak beranggapan diri batin itu sebagai Muhammad Mustafa Rasulullah....
Walaupun pada ilmu sudahpun memahaminya, tetapi pada hakikat sebenar belum lagi diperakui oleh Allah kerana masih mensyirikkan Allah.
Muhammad Rasulullah adalah pembawa ugama tauhid...
SAMA-SAMALAH KITA KEMBALI KEPADA AUWALUDDIN MAKRIFATULLAH (MEMPRAKTIKKAN LAA ILAHA ILLALLAH) SUPAYA DIANUGERAHKAN DENGAN MUHAMMADAR RASULULLAH)
Kerana Muhammaddar Rasulullah adalah satu anugerah bukan boleh ditiru-tiru...
Bahawa ilmu pengetahuan dengan keadaan sebenarnya amatlah jauh bezanya...
Pada ilmu sudah mengetahui tetapi pada keadaan sebenar belum lagi mencapai ketahap berkaitan kerana untuk sampai kemaksud yang dimaksudkan itu bukanlah melalui ilmu tetapi mesti melalui berperang dengan nafsu sendiri...
BAGAIMANAKAH HENDAK BERPERANG DENGAN HAWA NAFSU SENDIRI???
Bagusnya klw dpt fhm
ReplyDeleteMuhammad mustaffa itu kah rasul batin saudara ku
DeleteMuhammad mustaffa itu rasul batin saudara ku..
DeleteBagusnya klw dpt fhm
ReplyDeleteyeahh tu dia..
ReplyDeleteKadang Kadang pening juga nak faham.. Aku Dan Aku/Kami Dan Kami..
ReplyDeleteTerbaik admin, penerangan yang baik..
ReplyDeleteDan yang paling penting perlu mendapat cahaya drp Guru Mursyid dan kenali sebaik-baiknya Guru Mursyid.....
ReplyDeleteMa'af kpd Tuan2 dn Puan2 sekelian.
ReplyDeleteKetahuilah Awlah adalah Awlah.
Nur Muhammadurasuluwlah adalah Nur Muhammadurasuluwlah - ia bukan Makhluk.
Nabi Muhammadurasuluwlah adalah Nabi Muhammadurasuluwlah - Beliau adalah seorang manusia keturunan drpd Adam dn Hawa- seperti kita. Ada Ayah ada ibu- d lahirkan, Beliau makan minum tidur punya istri punya anak.
Hal keadaan Beliau d Anugerah d kurniakan serta Menanggung kebesaran Awlah - yaitu Menanggong kebesaran Nur Muhammadurasuluwlah.
Maka d kaji d teliti dgn sedalam2 nya.
Jangan nak dsamakan.
Nabi Muhammadurasuluwlah dgn Nur Muhammadurasuluwlah.
Ma'af sekali lagi, kepada Tuan2 dn Puan2 yang mahu mencari Kebenaran, d pelajari d usul d periksa kesemua nya.
Guru2 yang Benar2 Murshid sangat2 Mengenal Mengetahui dn tidak sesekali menyamakan nya.
tuan, jadi zatul buhti tu (zat mutlak) itu adalah Nur muhamamd?
ReplyDeletetuan JIKA klau dtg kmpg pandan utk makan nasi lemak saleha (dh pindah kt blkg tesco), sudi kira nya lemparkan kata kata kat whatsapp atau roger terus. tuan email sy: m.nizam.ak@gmail.com