ERTI SEBENAR PUASA;;
Puasa itu bukan sahaja menahan lapar dan dahaga. Puasa menahan lapar dan dahaga dari minum air dan makan itu, adalah puasa yang ringan dan puasa yang kecil!. Bilamana kita menerima nikmat Allah s.w.t, itulah barokah dan itulah puasa!. Mensyukuri nikmat Allah s.w.t itulah pengertian puasa menurut suluhan ilmu hakikat dan ilmu makrifat!.
Jika ikut tafsiran syariat, menahan lapar dahaga itulah yang dikatakan puasa. Tetapi apabila ditilik melalui suluhan ilmu hakikat, puasa itu, bukan sahaja perkara menahan lapar dan dahaga sahaja!. Menikmati nikmat, rahmat dan barokah Allah s.w.t, itulah puasa!. Nikmat air itulah puasa, nikmat makan itulah puasa.
Sebesar-Besar Puasa!!!!
Seringan-ringan atau sekecil-kecil puasa itu, adalah nikmat minum air dan nikmat makan nasi. Manakala seberat-berat atau sebesar puasa itu, adalah menikmati nikmat mata, telinga, mulut, gerak, melihat, dengar, akal, berpemikiran dan sebagainya....APABILA KITA TAK ADA DUIT (tak ada duit itulah puasa)...baru lah kita rasa nikmat duit...APABILA KITA SAKIT(sakit itu puasa)..barulah kita rasa nikmat sihat..APABILA KITA SUSAH(susah itu puasa) ...barulah kita nikmat senang!!!...selagi kita tak "berpuasa" selagi itulah kita tak akan dapat mensyukuri nikmat ALLAH pada kita....
No comments:
Post a Comment