Saturday, August 23, 2014

SIAPA AKU dan BAGAIMANA MENGENAL AKU?

SIAPA AKU dan BAGAIMANA MENGENAL AKU?

Aku ialah NAMA yang menunjukkan Diri.

Diri yang mana? Diri Batin (ROH) ‘yang ada’ di dalam setiap jasad kita.

Setiap yang Batin itu bersifat GHAIB. Ghaib bererti TIDAK NAMPAK. Maka bagaimana kita bisa melihat sesuatu yang Tidak Nampak?

Untuk melihat sesuatu yang Tidak Nampak (Ghaib) maka kita perlu memasuki Alam Tidak Nampak (Alam Ghaib). Hanya yang ghaib saja boleh melihat yang ghaib dan hanya yang ghaib sahaja boleh memahami sesuatu yang ghaib.

Untuk memasuki Alam Ghaib, kita perlu melenyapkan segala Alam Zahir (alam fizikal). Maksud melenyapkan alam zahir itu ialah dengan melupakan segala sesuatu.

Melupakan segala sesuatu inilah yang dikatakan KUSYUK.

Bila kita kusyuk melupakan segala sesuatu, maka ALAM LUPA SEGALA SESUATU itulah yang dikiaskan sebagai ALAM GHAIB. Kenapa? Bila lupa kepada segala sesuatu, apa lagi yang kita ingat? apa lagi yang kita lihat? apa lagi yang kita dengar? apa lagi yang boleh kita rasa dan apa lagi yang kita boleh sentuh? Tiada! Kosong! Hilang! dan GHAIB ! Bila ghaib segala perkara ZAHIR, yang tinggal HANYA perkara BATIN. Alam Ghaib itu perkara Batin.

Alam Ghaib inilah IBARATNYA dunia “ Mati Sebelum Mati”.

Bila merasai Mati Sebelum Mati, maka Kenal-lah AKU !!

Bila Kenal AKU, apa lagi yang ingin dikenal? KELU ! DIAM !

Kenapa?

Kerana sudah berjumpa dan sudah kenal ! Bila sudah kenal, maka nak cari apa lagi? Nak cakap apa lagi? Nikmati saja... Neutral! ... Natural ! Segalanya tidak terungkap. Segalanya Neutral Kosong Sekosong-kosongnya.

Bila sudah mengenal, perkara BATIN itu juga akan turut Ghaib ! Bila ghaib alam zahir dan alam batin, maka KOSONG lah segalanya !

Kosong inilah Ghaib Yang Abadi ! Abadi Zahir dan Batin !

Di Alam Ghaib inilah segala yang Ghaib kembali kepada Ke-Ghaiban-Nya  Yang Abadi !!

Maka, untuk ke alam Ghaib... KUSYUK l

No comments:

Post a Comment